KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak perlu mengosongkan kerusi mereka biarpun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan perlembagaan parti itu.
Menurut Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, tujuan asal Akta Antilompat Parti dilaksanakan bertujuan mengelak berlakunya lagi cubaan menjatuhkan kerajaan seperti Langkah Sheraton pada 2020.
Beliau menegaskan, perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di Parlimen pada 2022.
“Saya salah seorang anggota Jawatankuasa Akta Antilompat Parti di Parlimen ketika itu dan tujuan akta ini digubal adalah untuk mengelak berlaku lagi gerakan seperti Langkah Sheraton.
“Apa yang dilakukan oleh enam Ahli Parlimen itu tidak menjatuhkan kerajaan sebaliknya mengukuhkan dan mereka tidak pernah mengisytiharkan keluar parti.
“Jadi tidak ada keperluan untuk enam Ahli Parlimen tersebut mengosongkan kerusi kerana mereka tidak melanggar Akta Antilompat Parti. Mereka beri sokongan bukan untuk menjatuhkan kerajaan sebaliknya mengukuhkan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Selain itu tegas Mohamed Nazri, Akta Antilompat Parti juga diadakan bertujuan untuk mengelak dari Ahli Parlimen meraih keuntungan dari kerusi yang dimenangi.
Katanya, jika tidak kerana akta ini Ahli Parlimen boleh memperdagangkan kerusi Parlimen mereka untuk keuntungan peribadi.
“Dengan adanya akta ini mana-mana Ahli Parlimen tidak lagi boleh meraih keuntungan dengan menawarkan sekian-sekian harga untuk mereka menyatakan sokongan.
“Jadi akta yang ada ini telah menghalang mana-mana Ahli Parlimen untuk mendapat keuntungan dari kerusi yang dimenanginya,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menegaskan, isu memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebahagian dari kebebasan bersuara dan merupakan hak asasi Parlimen yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Mereka bebas untuk menyokong atau mengundi mana-mana rang undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan dan tidak boleh disekat sepertimana yang dikehendaki oleh Bersatu menerusi tindakan meminda perlembagaan parti mereka baru-baru ini," jelas beliau.
Beliau menjelaskan, Akta Antilompat Parti juga digubal untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan agar tidak perlu diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana ada pihak yang sengaja mengosongkan kerusi.
"Adalah sangat tidak bertanggungjawab bila Bersatu mahu enam PRK diadakan semata-mata kerana dendam dan marah terhadap enam Ahli Parlimen tersebut.
"Mereka membuat keputusan menyokong PMX demi untuk kepentingan pengundi mereka tanpa meninggalkan parti, jadi kenapa Bersatu begitu marah?" katanya.
Beliau juga menegaskan kuasa untuk menentukan sama ada enam Ahli Parlimen itu perlu mengosongkan kerusi atau tidak terletak di tangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Mohamed Nazri menasihatkan Johari agar meneliti setiap ucapan yang dibuat ketika sesi libat urus dan mesyuarat yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Akta Antilompat Parti.
Irwan Muhammad Zain
Thu Apr 04 2024
Mohamed Nazri menegaskan, Akta Antilompat Parti juga diadakan bertujuan untuk mengelak dari Ahli Parlimen meraih keuntungan dari kerusi yang dimenangi. - Gambar fail/Astro AWANI
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.